SEKINCHAN – Presiden Parti DAP, Lim Kit Siang mendakwa bahawa presiden Pas, Hadi Awang menggunakan taktik kotor ketika berlangsungnya tempoh berkempen di Sungai Besar.
Menurut beliau, tuduhan beliau berasaskan provokasi yang dilakukan oleh Hadi Awang menerusi ucapan yang disampaikan oleh beliau.
“Saya percaya ia kerja Pas kerana hadi ada buat tuduhan Amanah adalah alat kepada DAP.
“Saya mahu tanya sama ada mereka bertanggungjawab dan mahu mereka menafikannya,” katanya ketika sidang media di pejabat DAP di sini tadi.
Tuduhan yang dilakukan oleh beliau selepas penyebaran karikatur Kit Siang yang menjadikan Hadi dan Mahathir sebagai boneka politiknya.
Dalam pada itu, ketika ditanya oleh media sekiranya beliau mahu membuat laporan polis, beliau berkata tidak akan membuat sebarang laporan kerana beliau mendakwa pihak polis tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Dalam pada itu, beliau turut menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai sebarang bukti secara terus, namun berdasarkan ucapan yang disampaikan oleh Hadi awang. -SuaraTV