loading...

“Kami Mahu Search Bayar Ganti Rugi RM1.5 Juta”

Penganjur Konsert Search 35 Tahun, Afjets Sdn Bhd tampil menuntut kos ganti rugi sebanyak RM1.5 juta kepada kumpulan rock negara, Search serta memberikan tempoh selama 14 hari untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dakwaan yang dikeluarkan mereka terdahulu yang dianggap sebagai satu fitnah bagi pihaknya.

BACA: Yazit: Amy Search Tak Ikhlas Ziarah Saya Di Hospital

“Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini. Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap Afjets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sidang media yang diadakan oleh Afjets Sdn Bhd itu turut dihadiri oleh wakil peguam, Adnan Seman @ Abdullah daripada firma Adnan Shahida & Associates. Selain itu, kumpulan itu juga didakwa melanggar memorandum persefahaman (MOU) apabila menamatkan kerjasama secara tidak sah, sekaligus menafikan segala tuduhan yang dibuat kumpulan itu.

Sebelum ini Search pernah membuat satu sidang media serta mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka ingin menamatkan kerjasama dengan penganjur. Didalam sidang media tersebut, Search mendakwa bahawa kenyataan Afjets sebagai tidak profesional dan tak berkemampuan untuk mengadakan konsert serta gagal mematuhi perjanjian MOU. (rkty/w)

Kredit gambar: Berita Harian Online

Previous
Next Post »
loading...