loading...

Ahmad Bashah Pengerusikan Mesyuarat Exco

PETALING JAYA – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri di Hospital Pulau Pinang pada pagi Rabu.

 

Beliau yang tampil dengan imej berjanggut tebal kelihatan ceria dan bersemangat untuk kembali bertugas selepas lebih dua minggu terlantar di hospital.

 

“Alhamdulillah saya kini sudah beransur sihat dari komplikasi usus yang saya alami. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya.

 

“Tidak sabar rasanya untuk kembali bertugas. Walau apa pun terjadi, tanggungjawab saya kepada rakyat dan negeri Kedah mesti dilaksana dan diutamakan.

 

“Di kesempatan ini juga saya ingin ucapkan terima kasih kepada pihak Kedah Medical Centre dan HPP yang berbakti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik,” katanya menerusi kenyataan sebelum mempengerusikan mesyuarat exco di Pulau Pinang.

 

Pada 4 Jun lalu Ahmad Bashah, 66, dikejarkan ke Pusat Perubatan Kedah, setelah beliau tidak sedarkan diri ketika memberikan taklimat kepada kumpulan Ahli Umno Negeri yang akan membantu Barisan Nasional di pilihan raya kecil Kuala Kangsar, di Mergong sekitar jam pukul 7 malam.

 

Beliau dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang sekitar jam 2.30 petang pada 5 Jun.

 

Beliau menjalani pembedahan selama lima jam untuk komplikasi usus pada hari berikutnya. – mstar



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...