loading...

1,263 Penyelia Kemas Dapat Kenaikan Gred – PM

KUALA LUMPUR – Sebanyak 1,263 penyelia Kemas akan mendapat kenaikan gred berkuatkuasa 1 Julai ini selepas 20 tahun tidak menikmati kenaikan itu sejak 1996.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kenaikan gred itu dapat memberi nafas baharu kepada warga Kemas.

 

“Semoga kakitangan Kemas akan lebih komited selain menjadi tonggak dan benteng kepada kerajaan,” katanya sewaktu berucap pada majlis Perhimpunan Perdana Anggota Kemas Sempena Hari Pendidik 2016 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini hari ini.

 

Yang turut hadir ialah Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

 

Perhimpunan itu turut dihadiri oleh lebih 5,000 pendidik Kemas dari seluruh negara.

 

Pengumuman itu melibatkan Ketua Penyelia Kanan Kemas di peringkat negeri masing-masing dinaikkan gred dari S27 kepada S32, seramai 920 Penyelia Kanan Kemas dinaikkan gred dari S17 ke S22 manakala 178 Penyelia Kanan Kemas dinaikkan gred dari S22 kepada S27 dan 164 Penyelia Prasekolah pula dinaikkan gred dari S17 kepada S27. – UTUSAN

Previous
Next Post »
loading...