BALING – Ahli UMNO Cawangan Kampung Charok Sik, di Baling, Kedah melafazkan sumpah taat setia mereka kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Perkara itu didedahkan menerusi satu rakaman video membabitkan kira-kira 20 orang ahli wanita yang membuat aksi mengangkat sumpah lafaz tersebut.
“Bahawasanya kami ahli UMNO cawangan Kampung Charok Sik berjanji akan taat setia kepada pucuk pimpinan kami YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Sokongan kami juga tidak berbelah bagi kepada Menteri Besar Kedah dan kami juga akan taat setia kepada ketua kami YB Datuk Seri Panglima Hj Abdul Aziz Abd Rahim, Ketua UMNO Bahagian Baling,” kata seorang wanita dalam klip video itu.
Video itu dimuatnaik semalam, dengan tajuk “Sampai sumpah taat setia kepada Najib’ dalam laman sosial