KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin terpaksa dibawa keluar dari Persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini setelah beliau dipercayai pengsan secara tiba-tiba.
Difahamkan, Hanipa di bawa keluar bagi mendapatkan rawatan awal di klinik Parlimen sebelum dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Selain itu, Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran turut memuat naik gambar kejadian tersebut menerusi laman sosial Twitter beliau.
Terdahulu Hanipa dikatakan bertekak dengan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Dato’ Seri Hamzah Zainudinketika perbahasan Rang Undang-Undang Syarikat 2015 di Dewan Rakyat.
Pegawai Parlimen memaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu muntah-muntah dan tekanan darahnya melonjak tinggi 250/110.
LAPORAN LANJUT MENYUSUL