KUALA LUMPUR – Seorang warga emas yang diumumkan sebagai penjaga gol terbaik pasukan bola sepak wanita menjadi viral di media sosial.
Menurut perkongsian seorang pegawai tugas-tugas khas pejabat Menteri Kerja Raya, Misiah Taib yang memuat tweet tersebut di laman mikro twitter berkata, kemenangan itu menunjukkan warga emas itu sangat aktif dan menjadi kebanggaan masyarakat di sana.
“(Ikon tangan, gagah) Nyami Seem, 74, diumum pemain terbaik, penjaga gol team bola sepak Wanita PBB Kampung Telian Ulu, Mukah, Sarawak,”tulisnya.
Perkongsian itu membuktikan bahawa semangat dan kejayaan yang ditunjukkan masyarakat di daerah Mukah tidak mengira faktor umur.-SuaraTV