KUALA LUMPUR – Keadaan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang yang kini masih dirawat di Institut Jantung Negara (IJN) dilaporkan semakin baik.
Perkara itu dimaklumkan oleh anak perempuannya, Dr Huda Haron menerusi laman Facebook pada Jumaat.
“Terima kasih buat yang mengirim doa dan bertanya khabar. Tuan Guru berkirim salam pada semua yang prihatin dengan kesihatan beliau.
“Kami sekeluarga memohon maaf kerana terpaksa akur dengan arahan ketat pihak IJN tentang ‘pelawat’. Masih mendapat rawatan di IJN sehingga betul2 pulih sebelum pulang ke pangkuan masyarkat,” katanya memetik kenyataan status tersebut.
Haron sebelum ini menerima rawatan di IJN disebabkan komplikasi jantung.
Sementara itu Huda turut menyampaikan penghargaan kepada semua kakitangan IJN yang terlibat merawat bapanya itu.
“Iyaa belum ‘discaj’ lagi (dan) masih di IJN… Inshaallah, sedikit masa lagi.. Mohon doa semua.
“Sekalung penghargaan buat Jemaah Pakar Kardiologi (terutama Dato’ Amin) dan jururawat bertugas dan semua kakitangan sokongan IJN,” katanya lagi. – SuaraTV