ALOR SETAR: Gara-gara tindakan ingin menjadikan tiket bola sepak percuma yang mempunyai gambar Menteri Besar Kedah, Ahmad BAshah yang telah diedit telah mendapat kecaman netizen.
Tindakan yang dilakukan Ikhmal Muhammad yang merupakan penyokong Tun M ini telah menimbulkan perasaan marah terhadap Nitizen kerana tiket yang diberi secara percuma tersebut tidak mempunya gambar MB Kedah tetapi telah diedit.
menurut status yang dimuat naik oleh Yuseri Yusoff mempersoalkan mengapa hanya individu tersebut yang mempunyai tiket yang mempunyai gambar MB Kedah sedangkan yang lain hanya seperti tiket yang biasa.
“Apasal tiket bola percuma yang orang lain dapat tiada muka MB Kedah, Ahmad Bashah. Kenapa hanya kau seorang saja yang dapat tiket ada muka MB Kedah. Syaitan apa yang merasuk kau ni sampai tiket bola pun kau dengan KCD kutip fitnah?” katanya.
Status berkenaan disusuli dengan komen balas yang turut bersetuju terhadap Yuseri dan antara komen menarik yang diterima ialah dari Abdul Rashid Mohd Zamri.
“Kena la buat fitnah kalau tidak mana KCD dan Ikhmal Mohamad nak cari makan untuk anak dan isteri. Bukan setakat hati yg busuk, bak kata tun m usus pun busuk. Huhu” tulisnya.
Dalam pada itu Mohd Ikhwan Hakeem turut menambah ini hanya bertujuan untuk menghentam MB Kedah tersebut.
“Bro ..depa edit photoshop je dan letak muka basha ….biasa la tak ada idea dah nak hentam bashah…”tulisnya.