loading...

Isteri Kena Raba Warga Nepal, Genji Buskers ‘Mengamuk’

KUALA LUMPUR – Penghibur jalanan, Genji Buskers mengamuk apabila mendakwa isterinya diraba warga Nepal malam tadi.

 

Genji yang memuat naik status di akaun Facebook miliknya, menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan warga Nepal sebelum menceritakan bagaimana insiden tersebut berlaku.

 

“Hati-hati dengan Nepal… aku tengah setup barang busking depan sogo tadi.. dia datang peluk Farah dan raba… Farah tumbuk sedas… aku hanya jalankan kewajipan sebagai suami sahaja… tak sedar tau-tau keras pastu darah meleleh.

 

“Aku tau malaysia akan melindungi penjenayah macam Nepal ni lepas ini aku yang ke dalam,”tulisnya.

 

Menambah dengan memberikan ucapan terima kasih dan hashtag kepada perdana menteri, beliau mengakui akan menerima hukuman daripada tindakannya berhubung insiden tersebut.

 

“Tq ‪#‎najibrazak‬ rezeki aku bukan dikaki lima lagi..selepas berkahwin dugaan lebih besar yang datang,”akhirinya.-SuaraTV.

Previous
Next Post »
loading...