loading...

Menteri Pergi Pasar Beli Barang Dapur

KUALA LUMPUR – Seorang pegawai perhubungan awam di  Co-operative College Malaysia memuat naik status melahirkan rasa bangga dengan kerendahan hati dan kesibukan seorang menteri yang didakwa sanggup turun membeli barangan keperluan harian.

 

Menerusi status Mohd Rashiman Rasit menulis, “Walaupun sibuk dengan tugasan rasmi ..YB Datuk Rohani Abdul Karim masih mencari ruang dan masa untuk pergi ke pasar pagi membeli keperluan di rumah,”tulisnya.

 

Menurutnya, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, itu masih berkesempatan berjalan serta mencari barangan dapur di Pasar Tani Satok.

 

“Banyak jugak barangan yang dibelinya hasil dari bumi kenyalang,”katanya sambil mempromosikan orang ramai untuk melancong ke Sarawak.-SuaraTV

 

Previous
Next Post »
loading...