loading...

NGO Bantah Sidang ‘Freemanson’ Di Pulau Pinang

Georgetown – Sembilan badan bukan kerajaan (NGO) pada Khamis membuat laporan polis bagi membantah persidangan International Scottish Masonic Conference 2016 yang dijangka berlangsung di Pulau Pinang.

 

Program julung kali tersebut bakal berlangsung dari 24 hingga 26 Februari ini dikatakan mengundang keresahan dalam kalangan umat Islam di Pulau Mutiara selain dibimbangi akan membawa agenda tersirat pihak asing.

 

Wakil NGO itu yang juga Pengerusi Jaringan Muslimin Pulau Pinang, Mohamed Hafiz Mohd. Nordin mendakwa persidangan akan diadakan di sebuah hotel terkenal di kawasan peranginan popular Batu Ferringhi dekat sini.

 

Sidang tersebut mencetuskan kontroversi kerana dianjurkan oleh sebuah pertubuhan antarabangsa yang juga

dikenali sebagai Freemason dan sering dikait dengan Yahudi serta teori konspirasi terhadap masyarakat Islam.

 

“Kami mahu pihak berkuasa menyiasat persidangan itu kerana ia menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam,” kata Mohamed Hafiz selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.

 

Antara wakil NGO tempatan yang turut hadir bagi membuat laporan polis tersebut ialah Persatuan Mukabuku Pulau Pinang, Pekida Daerah Timur Laut, Perwira Negeri Pulau Pinang dan Gerakan Merah Pulau Pinang.

 

Sementara itu Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatarash Wahid ketika dihubungi agensi beritaBernama mengesahkan menerima laporan berkenaan, namun enggan mengulas lebih lanjut.


Previous
Next Post »
loading...