loading...

Semoga Kita Jumpa Di Akhirat Kelak, Selamat Tinggal Bidadariku & Anak Syurgaku

Menantikan cahaya mata dalam kehidupan pastinya segala persiapan telah dibuat. Namun siapa sangka sepatutnya pada 29 September lalu Izwanizam Hermawan bergelar bapa tetapi segala-galanya sudah tertulis apabila anaknya dijemput Illahi.

Lebih menyedihkan, selepas itu isterinya pula dijemput Illahi. Riak wajahnya terpancar kegembiraan kerana tidak sabar menanti ahli keluarga baru yang bakal menjadi penyeri hidup dia dan arwah isteri, Norsyafiqah Syazwani Mohammad akhirnya bertukar sayu.

Dua hari selepas melahirkan anak, Norsyafiqah Syazwani Mohammad, 23, iaitu isteri Izwan meninggal dunia akibat sesak nafas ketika bersalin.

Anak Hanya Sempat Melihat Dunia 10 Minit Sebelum Meninggal

Katanya, maklumat diterima, anak lelaki Izwanizam hanya sempat melihat dunia 10 minit sebelum disahkan meninggal dunia dan kematiannya dipercayai akibat si ibu tiba-tiba sesak nafas ketika bersedia untuk melahirkannya.

Menurutnya, akibat sesak nafas itu, bayi terbabit lemas kerana tidak cukup bantuan oksigen dalam perut.

Berita sedih itu dikongsikan pengasas Unit Khas Van Jenazah (UKVJ) Mohd Hirwan Aiyub ketika menguruskan isteri Izwanizam yang meninggal dunia di Hospital Tuanku Jaa’far Seremban, semalam.

Jenazah Anak Selamat Dikebumikan

Jenazah anak Izwanizam siap dikafan untuk dikebumikan di Jengka 2, Pahang. Selepas urusan jenazah anaknya selesai, Izwan sempat memuatnaik status di laman facebook sebagai tanda ucapan terakhir buat anakndanya.

Allah lebih sayangkan adik, Kita Jumpa Di Akhirat Kelak

Isteri Bertarung Nyawa dan Koma

Sementara Izwan pulang ke kampung mereka di Jengka 2, Pahang untuk menguruskan jenazah anaknya, isteri pula sedang bertarung nyawa dan koma di hospital.

Pengurus jenazah menerima panggilan daripada Izwan 6 pagi Ahad lalu bagi meminta bantuan menguruskan dan membawa jenazah pulang untuk dikebumikan di kampung mereka.

Mohd Hirwan (Pengurus jenazah) atau lebih dikenali sebagai Wan Cai berkongsi pengalaman itu menerusi Facebook Mr Wan Cai Official dan menganggap ia kisah paling menyedihkan sepanjang terbabit dalam khidmat menguruskan jenazah.

Dia juga terjumpa status yang sempat dikongsi arwah berkenaan risiko meninggal dunia ketika bersalin. Status berkenaan risiko ketika bersalin dikongsikan dalam facebook arwah yang bertarikh 28 Julai lalu iaitu hampir dua bulan sebelum arwah meninggal dunia katanya.

Izwan turut memuatnaik status dalam Facebook miliknya susulan kehilangan dua insan tersayang sekelip mata.

Status berkenaan ialah, ‘Harini 2 Oktober 2019…genap 11 bulan kita diijabkabulkan menjadi suami isteri sayang…dan harini hari pertama saya tanpa awak…terima kasih utk 11 bulan yg indah ni.”

“Alhamdulillah…jenazah isteri selamat dikebumikan di Jengka 2 Pahang, berdekatan dgn anak syurga kami…terima kasih kepada Mr Wan Cai Official kerana membantu saya pada kali ini dgn merealisasikan wasiat isteri untuk diuruskan oleh team #ukvj.

“Walaupun dalam keadaan berseloroh, saya tunaikan permintaan awak sayang…dengan ini tamat sudah percintaan dunia kami..yg kami lalui bersama selama ini..yang tinggal cuma kenangan dan memori…yg sentiasa terpahat di dalam hati….bersemadilah dgn tenang wahai bidadari…semoga kita bertemu di akhirat pasti…#notOneButTwo

Itu antara coretan Izwanizam selepas kehilangan dua insan tersayang. Beberapa kenalan serta netizen memberi kata-kata semangat kepadanya supaya melalui peristiwa itu dengan tabah serta kuat.

Sumber: Izwanizam Hermawan ,Mr Wan Chai Official,Hmetro

Previous
Next Post »
loading...