loading...

Nak Pahala ‘Free’? Rajin-Rajinlah Cium Pasangan. Dahi & Kening Point Terbaik!

Jadikan tabiat apabila suami mahu keluar bekerja, isteri perlu ‘claim’ ciuman di dahi dan kening. Besar manfaatnya kepada emosi suami dan isteri pada hari itu. Ciuman hangat dari suami buat isteri dapat mewujudkan perasaan bahagia kepada si isteri dan membuatkannya tidak sabar menanti si suami pulang. Bukan itu sahaja, tabiat mencium anak-anak juga akan menjadikan mereka anak yang positif dan menghormati ayah mereka.

Ciuman ini boleh menjadi cara untuk menunjukkan kasih sayang antara suami, isteri serta anak-anak dan membuatkan perasaan rindu sentiasa kuat di antaranya. Ya, perkara ini kecil sahaja tetapi impaknya besar dan meninggalkan pengaruh yang positif dalam kebahagiaan rumah tangga. Amalan mencium pasangan dan anak-anak akan menggandakan rasa kasih sayang dan cinta dalam keluarga. Saranan daripada Ustaz Sayuthi yang merupakan guru di SMA Ma’ahad Tahfiz Al-Quran Al-Abidin dan Imam di Masjid Al-Hadi, Bukit Besar, Yan, Kedah, ini sewajarnya anda jadikan panduan untuk menyemarakkan kebahagiaan sesama keluarga.

Cium Anak Dpt PAHALA, Cium Suami Gugur DOSA, Cium Isteri Dpt bahagia SELAMANYA***

i) Fadhilat Cium Anak
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dgn satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kg kesenangan, tiada masuk ke dlmnya melainkan org yg menyukai kanak2.
Brg siapa keluar ke pekan & membeli barang2 & kembali ke rmh dgn buah tangan utk anak2nya, nescaya mendpt rahmat drpd Allah & tdk diseksa di akhirat kelak.

Artikel Menarik: [Rajin Solat Dhuha Dan Selalu Doakan Suami, Rezeki Tambah Murah. Cik Abang Pun Sayang!]

Tahukah anda jika dibiasakan mencium anak sendiri, sifat mendera atau membantai serta memukul anak boleh dihindarkan. Dgn wujudnya sifat suka mencium anak, hormon & bau anak kita itu akan sebati ke dlm otak kita sekaligus mesej yg mengatakan “aku syg anak aku” akan tersemat terus ke dlm jiwa.

ii) Fadhilat Cium suami
Bila isteri salam & cium tangan suami, maka gugurlah dosa2 kecil si isteri. Restu seorg suami tu penting dlm rumahtangga. Lagipun isteri juga akan dpt pahala. Suami pun mendpt pahala juga kalau di kucup dahi isteri.
Satu lagi perkara yg ramai isteri tdk sedar ialah tabiat tidur berbantalkan lengan suami. Hanya sedikit shj isteri yg tahu bahawa tidur berbantalkan lengan suami & dlm dakapan suami, boleh membuatkan hati suaminya luluh.

iii) Fadilat mencium isteri
Mencium isteri juga merupakan ibadah. Islam memandang tindakan tersebut sbg satu perkara yg baik, bahkan dpt memberikan pahala kpd suami.
Isteri pasti akan gembira apabila mereka selalu dicium oleh suami mereka. Hati yg gundah, bisa menjadi bahagia. Gelap kesedihan, bisa menjadi cerah dgn keriangan. Dilihat kpd Nabi, siri tauladan ini menjadi amalan harian Nabi SAW di kala bersama isteri.

Artikel Menarik: [Tak Payah Banyak. Suami ‘Ringan Mulut’ Ucap Terima Kasih, Hilang Semua Penat Isteri!]]

Kesimpulannya:Seeloknya amalkanlah budaya mencium ini ketika baru berkahwin / mendirikan rumahtangga. Kerana jika tdk diamalkan skrg, agak kekok pula bila dah beranak-pinak nanti.
Nota :Rugilah mereka yg sudah berkahwin tetapi malu utk mencium anak dan pasangan mereka sendiri.. JANGAN BERCIUM DITEMPAT AWAM

Previous
Next Post »
loading...