loading...

Masa Main Hanya Terhantuk Di Tangga. Mata Mula Bengkak, Luka & Ada Selaput

Bila ada anak kecil orang kata tahap hati-hati tu kena sentiasa ada. Bukan apa kadang-kadang benda yang ibu bapa tak jangka berlaku, boleh terjadi pada anak-anak dan adakalanya macam tak masuk akal.

Tapi hakikatnya begitulah. Sementara tunggu anak nak besar dan tahu apa yang boleh dan tak boleh, pemantauan ibu bapa penting. Ibaratnya leka beberapa saat pun macam-macam boleh jadi.

Biasa ibu bapa akan melalui kejadian anak-anak jatuh katil, sofa atau kerusi dalam usia enam tahun ke bawah kerana fasa ini anak sedang meneroka. Apa yang membimbangkan keadaan ini mungkin berbahaya yang akan mencederakan anak kecil.

Melalui perkongsian seorang ibu, Puan Shuhada mengenai pengalaman anaknya sendiri berusia setahun yang jatuh dan kemungkinan terhantuk di bucu tangga boleh dijadikan peringatan bersama. Kadang kita rasa tempat itu biasa anak main tapi silap sikit boleh mendatangkan kecederaan.

Anak saya tengah bermain dan dia menuju ke tangga utama rumah. Saya tidak begitu risau sebab tangga memang saya sudah letak penghadang supaya dia tidak boleh memanjat naik.

ARTIKEL LAIN [Bayi Tak Perlukan Bantal Tidur. Bantal Lembut & Empuk Juga Mampu Undang Bahaya Buat Bayi]

Tapi selepas beberapa minit dia bermain di kawasan tangga tu, tiba-tiba Zahra menangis, tetapi nangis biasa je. Saya pun tak fikir apa-apa yang pelik berlaku. Selepas tu saya bawa Zahra naik ke bilik untuk mandikan dia. Selepas Zahra mandi baru saya perasan ada lebam sedikit dekat bawah mata kirinya.

Mata luka dan ada selaput

Keesokannya saya terus bawa pergi ke klinik biasa untuk check keadaan mata dia. Dan alhamdulillah masa tu doktor cakap mata dia okay dan tak ada apa-apa yang serius. Masa tu pun mata dia nampak okay je.

Tetapi selepas seminggu, mata Zahra mula naik bengkak, dan lama kelamaan terus mata dia tak boleh buka dan berdarah. Saya terus bawa pergi ke hospital yang dekat dengan rumah. Doktor minta Zahra admit sebab dia dah demam dan rupanya mata dia sudah ada luka dan selaput.

Selaput ni kena cuci sebab dia membahayakan. Waktu doktor cuci mata dia tu, Allah.. tak sanggup tengok dia menangis.

Walaupun hanya beberapa saat kita biarkan anak, dalam masa yang singkat itu akan berlaku macam-macam.

Dah kembali pulih 

Tambahnya lagi, selepas seminggu ditahan dalam wad, Zahra dibenarkan keluar hospital dan bagaimanapun masih perlu pantau keadaan matanya.

Alhamdulillah sekarang matanya dah pulih dan semakin baik. Buat ibu bapa diluar sana beringatlah dan sentiasa pantau anak-anak kita.

Sumber: Puan Shuhada

Previous
Next Post »
loading...