loading...

Impian Saya Nak Anak Jadi Al Hafiz. Siti Sarah Syukur Anak Sulung Dapat Top 2 Hafazan 

Penyanyi dan usahawan, Siti Sarah bersyukur apabila anak sulungnya, Uwais Al-Qarni berjaya mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan ayat suci al-Quran.

Ibu kepada tiga cahaya maya itu berkongsi berita gembira berkenaan menerusi instagramnya sebagai tanda kegembiraan buatnya sebagai seorang ibu.

Dalam ucapannya itu, dia turut mendoakan agar anak-anaknya membesar menjadi anak soleh dan berjaya dunia akhirat.

Rasa bangga itu semestinya ada, tetapi perasaan saya lebih kepada rasa sejuk perut ibu mengandung. Jujurnya ketika sedang mengandungkan anak-anak, adalah menjadi salah satu impian saya andai ada di antara anak-anak menjadi al-Hafiz.

“Jujurnya saya tidak memaksa anak-anak untuk lakukan apa yang saya impikan, sebaliknya apa yang diraih Uwais adalah atas minat serta kehendaknya sendiri.

ARTIKEL LAIN [Terlalu Tegas Sangat Boleh Buat Anak Jauh Hati. Jangan Pelik Dia Tak Mahu Dipeluk]

“Sebagai ibu, sudah pasti saya beri sepenuh sokongan atas apa sahaja minat serta kecenderungan anak-anak.

“Alhamdulillah apa yang dilakukannya itu membuatkan saya dan Shuib bersyukur. Malah tidak pernah putus doa saya moga-moga apa yang dilakukannya ini akan diteruskan sampai bila-bila,” kata Sarah yang mengharapkan yang terbaik buat anak-anak tersayang.

Pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Al-Qarni, Dzakira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Sumber: ig Siti Sarah & Media Hiburan

Previous
Next Post »
loading...