Nampaknya impian untuk mengejutkan pasukan Vietnam di gelanggang lawan tidak menjadi kenyataan pada perlawanan semalam. Perlawanan yang berlangsung di Stadium My Dinh sebentar tadi menyaksikan Harimau Malaya ditewaskan tuan rumah dengan keputusan 0-1.
Pasukan di ranking ke 99 dunia itu menampilkan aksi yang cukup bertenaga dengan kepantasan terutama pada penjaring tunggal perlawan, Nguyen Quang Hai yang menjaringkan gol pada minit ke 40. Gol tersebut terhasil akibat kegagalan pemain pertahanan negara menyusun dan melepaskan Quang Hai yang sebelum itu berjaya mengegar gawang negara pada minit ke 28 namun tidak dikira kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Barisan negara agak buntu untuk mendapatkan ruang disebabkan pasukan Vietnam cukup berdisplin dalam menutup ruang. Syafiq Ahmad yang diharapkan untuk meneruskan prestasi mendapatkan gol buntu pada perlawanan ini akibat dikawal ketat barisan pertahanan lawan.
Pada minit ke 72 pemain gantian Vietnam, Nguyen Anh Duc hampir menambah jaringan namun kali ini Shahrul Saad berada di kedudukan tepat untuk menampan bola yang dirembat oleh pemain Vietnam itu.
Pemain Malaysia cuba untuk mendapatkan gol namun barisan Vietnam sudah bersedia dan mengawal bola dengan baik untuk memberikan mereka 3 mata penuh. Dalam perlawanan ini, Ligakampung mendapati banyak yang perlu diperbaiki oleh jurulatih Tan Cheng Hoe antaranya :-
1) Mungkin perlu dilakukan pertukaran pemain penyerang. Mat Yo nampaknya kehilangan idea untuk melakukan pemusnah. Memberikan Syafiq Ahmad atau Sumareh di posisi penyerang atas bukan satu idea yang bagus memandangkan mereka bukanlah pemain penyerang. Dalam perlawanan ini, nampak beberapa kali Syafiq berada di dalam kawasan Malaysia untuk mengambil bola. Ini menunjukkan bahawa beliau bukanlah seorang penyerang tulen yang perlu berada di atas.
2) Kekuatan barisan pertahanan perlu dipertingkatkan. Formasi antara 4 barisan pertahanan perlu diperkukuhkan. Gol Vietnam boleh dielakkan jika barisan pertahan negara mempunyai formasi offside yang lebih baik ataupun kawalan ke atas pemain yang kukuh. Samada menggunakan formasi zonal marking atau man to man marking, ia perlu direncanakan dengan sebaik mungkin.
3) Mencari kekuatan pasukan. Kalau kita lihat, Vietnam mempunyai pemain yang cukup pantas untuk bergerak di bahagian sayap. Meskipun Sumareh dan Safawi berada di posisi sayap untuk membantu pertahanan kanan dan kiri namun ia masih tidak cukup untuk menghalang pemain Vietnam. Mungkin pemain yang lebih keras diperlukan bagi menghalang kelajuan pemain Vietnam ini.
4) Set piece perlu diperbaiki. Kalau dilihatkan dalam perlawanan ini, kita memiliki lebih banyak sepakan sudut berbanding Vietnam tetapi tiada jawapan. Mungkin ini perlu diperbaiki bagi memberikan senjata terbaik. Dalam perlawanan ini, set piece dihasilkan tidak mendatangkan peluang jaringan gol. Kalau dilihat tiada percubaan tepat yang membahayakan pasukan vietnam
5) Kekuatan mental. Didapati ada ketidakpuasan hati pada pengadil di hujung perlawanan. Sememangnya apabila beraksi di gelanggang lawan kelebihan akan diberikan pada pasukan tuan rumah. Ini tidak dapat dinafikan dalam mana-mana perlawanan hatta game di Malaysia sekalipun. Jadi bertenanglah dan fokus untuk menang sahaja.
Itulah serba sedikit komen dari kami di Ligakampung.com. Mungkin tidak semuanya betul. Apa pula pendapat anda?
Please follow and like us: