Jangan membebel! Bahaya..Bunyi macam menakutkan tapi jika kita tak cuba ubah keadaan ini boleh memudaratkan diri. Tak kisahlah dari aspek emosi atau kesihatan.
Kadang dah tabiat seorang wanita untuk membebel. Tapi jika kita kawal mungkin boleh. Masalahnya ramai juga yang cakap kalau tak membebel, suami dan anak-anak susah nak dengar cakap.
Apa kata kita positifkan sikit ‘membebel ‘itu dengan pendekatan lebih baik. Jika buat berterusan aura positif juga akan kuat dalam diri kita. Perkongsian dari Puan Wawa Shauqi yang juga penulis The Pro Parenting ini sangat bermanfaat.
Tenang. Tarik nafas. Ini info yang agak scary untuk kita para wanita. Yang mudah meluah perasaan ke mulut.
Rasa Nak Membebel Tahan Mulut
Waktu Dr Rizal tunjuk gambar ni di Neuroversiti Conference, dan bercerita… saya telan ayaq liyuq. Terkenang, entah berapa kali otak saya jadi macam dalam gambar ni.
Ini adalah gambar imbasan otak.
Gambar kiri ni adalah otak kita bila kita RASA marah.
Gambar kanan adalah otak kita bila kita SEBUT apa yang kita marah. Lihat bahagian ‘emotional regulation’ mengecut begitu.
Maknanya lepas ni kalau marah, tahan mulut dari membebel. Bayangkan otak kita boleh merosot bila membebel.
Sebenarnya bukan otak je. Satu badan kita akan terkesan bila kita marah.
Bila kita marah, Amygdala dalam otak kita jadi aktif.
Amygdala aktifkan Hipotalamus.
Hipotalamus aktifkan kelenjar Pituitari.
Dan kelenjar ini akan aktifkan 3 hormon stress, iaitu kortisol, adrenalin, noradrinalin.
Kortisol ini akan mengakibatkan otak kita kehilangan neuron di bahagian otak logik kita (korteks). Itu yang buat kita tak rasional bila marah.
Bukan di korteks je. Di hipokampus pun neuron kita habis mati kena bunuh. Menjadikan otak kita kurang kreatif dan pelupa sokmo.
Hormon gembira yang bernama serotonin pon hilang. Sampai kita lupa macam mana nak jadi gembira. Sikit-sikit nak marah. Sikit-sikit hal nak mengamuk.
3 hormon stress yang jahat itu, akan buat kita:
– Sakit jantung
– Bertambah gemuk kerana metabolism badan menurun
– Kulit bertambah kedut
– Mulut kering
– Imun badan menurun, risiko kanser meningkat
– Bertambah rabun
– Migrain dan sakit kepala
– Tulang jadi kurang mampat.
Uwaaaa…scary gila!
Bukan membebel je tau! Luah perasaan kat Facebook pun sama juga. Kita yang membaca pun boleh ikut jadi stress. So avoid that!
Nak Marah Cuba Juga Senyum
Nasib baik Dr Rizal bagitau, kita boleh lawan peningkatan hormon stress dengan tambahkan hormon gembira.
Agak-agak badan dah mula bergegar marahkan suami, terus senyum. Anak mula tumpahkan air, senyum. Bila mulut rasa bergetar nak membebel, senyum.
Senyum paksa pun tak apa. Biar otot kita hantar signal untuk keluarkan hormon gembira.
Bila berjaya senyum, tarik nafas. Bernafas perlahan, supaya jantung kita yang rasa nak pecah tadi kembali berdegup normal.
Dr Rizal ada tunjuk satu gambar comel ni. Gambar tupai sedang peluk bunga kuning. Mukanya dilepek di atas kelopak bunga. Bukan main bahagia mukanya. Gambar tu ditangkap oleh wartawan NatGeo.
Rupanya, sebelum tu, tupai tu dikejar ular. Nasib tupai baik, ular tu masuk sungai dan tak naik-naik dah. Lepas dari tu, tupai tu segera cari sekuntum bunga untuk dipeluk. Habis peluk, dia berlalu dengan riang.
Rupanya, haiwan pun ada cara dia untuk meredakan emosi yang kacau.
Kita pun nampaknya kena jadi macam tu. Biasakan tengok benda indah. Lazimi mulut dengan kata-kata positif. Cari bau wangi untuk dicium.
Jangan Sebut Benda Yang Kita Tak Suka
Sebut benda positif yang nak anak kita jadi. Macam mak pak kita dulu, selalu panggil kita “Anak bertuah” bila diorang marah, kan.
“The brain has its own way to process language.
Words can change your gene.”
Betullah apa yang suami saya selalu sebut.
“Bila marah, jangan sebut benda yang kita tak suka anak buat. Sebut kualiti yang anak kita ada. Atau benda baik yang dia perlu buat.”
Jangan kata awak-awak. Saya sendiri pun rasa susah nak buat. Benda baik memang susah. Bila selalu praktis, insya Allah jadi mudah.
Jadi lepas ni, nampak anak bergaduh, peluk mereka.
Instead of cakap “Mama tak suka tengok korang gaduh”, tukar.
“Mama lagi suka tengok korang sayang-sayang.”
Instead of cakap “Kenapa yang malas sangat ni.”
Jeritlah dengan happy “Alangkah baiknya anak mama ini rajin membantu.”
Abang-abang kalau nampak isteri ketung-ketang-ketung-ketang hentam kuali, do something.
Nak nyanyi lagu Hindustan ke, nak puji ke, nak peluk ke, nak geletek ke. Buatlah apa-apa untuk usaha bagi muka bini keluar senyum dulu. Lepas tu tanya elok-elok kenapa hentam kuali sampai gitu sekali.
Lepas tu, pandai-pandai you all lah macam mana nak extend bahagia tu. Haha!
Wawa Shauqi
Yang Nak Jadi Awesome, Bertenang & Solehah.
t.me/wawashauqi