Memandangkan sekarang anak-anak mudah sakit ibu bapa kena sentiasa peka. Jika demam, selesema atau batuk jangan anggap biasa. Kadang tu dari biasalah akan menjadi lebih teruk.
Mungkin awal-awal kita bagi ubat anak ok, tapi selepas beberapa hari keadaan itu berulang jangan tangguh. Dapatkan segera pemeriksaan doktor kerana bimbang masalah lebih teruk.
Perkongsian dari seorang ibu Puan Ernie Erni di facebooknya mengenai kesihatan anak yang bermula dengan batuk biasa tetapi perlu ditebuk paru-parunya benar-benar tak disangka.
Sekarang keadaan anaknya masih lagi dalam pemantauan doktor dan dia mengharapkan doa orang ramai akan beri keajaiban dan ada sinar kegembiraan.
Assalammualaikum semua.. saya baru ada kekuatan utk menulis sedikit tentang anak saya Muhammad Ismail Afeef bin Ahmad Fahmi..Fasa 1 :
Dua minggu lepas, Ismail batuk dan selesema selama 3 hari dan saya hanya bawa ke klinik swasta untuk check up dan periksa keadaan batuk dan selesema. Diberikan neb sebanyak 2x.. then dia elok, doctor swasta ada bagi surat untuk refer ke hospital kerajaan incase kalau jadi lagi teruk, but then dia elok… so saya tak bawa sebab keadaannya stabil dan elok after neb dan makan ubat yang dibekalkan klinik swasta..Fasa 2:
5/10/19 hari sabtu , saya ke Batu Pahat untuk ambil stock barangan perniagaan saya. Ismail ok.. dia sihat. but hari ahad dia start batuk semula tapi tak teruk, saya ingat kan biasa.. jadi disebabkan bekalan ubat batuk klinik swasta ada saya just continue dengan ubat tu sampai laa selasa pagi.. dan dia batuk tak teruk, dia sangat aktif..
Start selasa pagi (8/10/19) Ismail tiba-tiba jadi lembik.. dan saya tak fikir pnjang terus ke HKL.. sebab tiba-tiba dia semakin lemah keadaannya.. secara tiba-tiba.. pergi kecemasan, terus masuk zon merah.. bagi neb semua pun
Jadi keesokan harinya doktor pindah dia secara mengejut ke picu hkl kerana penafasan yang semakin drop dan sehingga ke harini dia masih di sini.. setiap masa doc call umi, dari keadaan semasa ke semasa. sehinggakan umi takut nak angkat call.. dan waktu tu terus xray.
Selaput pada paru-paru Ismail dah mengembang sebab paru-paru Ismail bocor menyebabkan angin masuk ke bahagian selaput paru-paru dan doktor terpaksa tebuk di bahagian tepi dada untuk keluarkan angin. Lagi sekali umi terduduk..
Doktor bagi tahu keadaan Ismail kritikal, umi sabar umi tahan.. hari khamis keputusan darah keluar. seawal 7 pagi doktor call nak jumpa dan doktor bagi tahu Ismail tenat, ada kuman dalam darah.. Umi tak dapat nak fikir apa dah nakk oii.. Umi terduduk dan kepala lutut mengigil sampai sekarang. Sekarang Ismail masih dalam keadaan macam tu.
Allah, aku tahu ujian yang ENGKAU bagi ni untuk ku ni ada hikmah buat aku dan orang lain.. ENGKAU tak kan bagi sesuatu ujian diluar kemampuanku.. Aku terima Ya Allah..
Aku mohon pada semua kenalan yang mengenali saya dan anak saya Muhammad Ismail Afeef bin Ahmad Fahmi, tolong doakan anak saya ada keajaiban untuk sembuh seperti sebelum ni.. Hanya itu yang ku pinta.. dan ku juga tak putus mendoakan.. bukan niatku menagih simpati orang lain. Tapi ni coretan buatku sebagai kenangan dan pengalaman pada mereka yang ada anak kecil.. Jika anak batuk tolong bawa ke hospital kerajaan untuk periksa walaupun terpaksa tunggu lama atau ramai orang. Percaya lah goverment periksa secara detail..
#PrayForMuhammadIsmailAfeefBinAmadFahmi
Sumber: Ernie Erni

Polis Sedang Lengkap Siasat Kes Buli Pelajar Mrsm ...

Hylm Lancar Tiga Warna Baharu Yamaha Y16zr Abs 202 ...

Penangan Watak Walid, Anak Dara Mesej Nak Jadi Is ...

Kes Mrsm: 7 Pelajar Kasari Rakan Disyor Ditamatkan ...