KUALA LUMPUR, 8 Okt — Pelumba Malaysia Hafizh Syahrin Abdullah, akan kembali berlumba dalam Moto2 pada Kejuaraan Dunia 2020 bersama pasukan Angel Nieto.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media pada sesi Hafizh Syahrin bersama media petang ini menyebut, Hafizh Syahrin akan berlumba bersama rakan sepasukan Aron Canet yang naik ke Moto2 selepas bertarung merebut gelaran juara Moto3 musim ini.
Pelumba berusia 25 tahun yang berlumba dua musim pada kategori MotoGP, kembali ke kategori pertengahan, di mana beliau memulakan karier Grand Prixnya sebagai pelumba ‘wildcard’ pada 2011.
Pelumba kelahiran Ampang menjadi pelumba Grand Prix sepenuh masa pada 2014 dan berjaya menamatkan perlumbaan sebagai 10 pelumba terbaik dengan mengutip mata dan beberapa kali menaiki podium dalam tahun 2016 dan 2017.
Musim 2018 menyaksikan beliau naik ke MotoGP, di mana beliau berlumba bersama Yamaha Tech3 Racing dan ketika ini bersama Redbull KTM Tech3.
— BERNAMA
Please follow and like us: