loading...

‘Kalau Makan Manis Katanya Baby Girl’- Doktor Ini Bongkar Mitos Kehamilan Yang Ramai Bakal Ibu Percaya

Sering sahaja kita mendengar pelbagai mitos dan kepercayaan tentang hal kesihatan yang kadangkala tak masuk akal. Ada yang datangnya dari petua-petua orang lama atau juga sudah menjadi budaya sejak zaman berzaman lagi. Ia biasanya wujud daripada pemerhatian atau pengalaman semata-mata

Tapi kalau nak difikirkan dahulu memang tak banyak pendedahan tentang hal-hal sebegini melainkan kita sendiri berjumpa dengan doktor dan mendapatkan nasihat yang sewajarnya tentang kesihatan atau perubatan.

Ibu-ibu hamil juga tidak terkecuali, malah banyak banyak mitos tentang kehamilan yang ada pada hari ini dan ia biasanya akan disangkal oleh doktor atau pengamal perubatan.

Memang tak dinafikan dengan adanya media social pada hari ini, banyak pendedahan tentang kehamilan yang boleh diperolehi oleh ibu hamil, tapi masih ada juga mitos-mitos yang dijadikan petunjuk oleh sesetengah pihak dalam hal kesihatan terutamanya perihal kehamilan.

Perut tinggi dan lebar bakal dapat anak perempuan?

Oleh kerana itu, Dr Izzat yang sering melakukan thread perubatan terpanggil untuk mengulas beberapa persoalan yang sering diajukan kepadanya.

Antara mitos-mitos yang dijawab oleh Dr Izzat menerusi akaun twitternya:

Mengidam masam nak dapat baby boy, kalau manis baby girl

Selain mengenai perut, beliau juga turut menjawab persoalan mengenai jantung dan pertumbuhan rambut wanita hamil yang tiada kaitan dalam menentukan jantina anak masing-masing. Jelasnya itu semua berlaku kerana dipengaruhi oleh peringkat kehamilan dan perubahan hormone yang dialami oleh semua bakal ibu.

sumber: muhammadeizat

Previous
Next Post »
loading...