Berhati-hati ketika menawarkan sesuatu perkhidmatan atau produk dalam iklan kerana jika tidak munasabah mungkin boleh disaman pengguna.
Misalnya di Russia seorang wanita menyaman sebuah syarikat peminjam wang BystroDengi kerana dia tidak merasa orgasme ketika membayar semula hutangnya seperti mana yang dijanjikan dalam iklan syarikat tersebut.
Yulia Panferova 33 tahun dari St. Petersburg meminjam 5,000 rubles (RM370) dari BystroDengi sebelum membayarnya semula pada akhir Ogos lepas.
Dia memberitahu mahkamah daerah Savelovsky di Moscow, syarikat BystroDengi dalam iklan di lamanwebnya menyatakan, “semasa membayar hutang, pelanggan akan merasa kepuasan dalaman dan ketenangan seperti baru mengalami orgasme.”
“Iklan dalam web mereka mendorong saya menandatangani kontrak pinjaman mikro,” ujarnya.
Apabila datang ke pejabat syarikat untuk membayar hutang, moodnya tidak bertambah baik.
“Saya tidak merasa kepuasan dalaman dan ketenangan seperti orgasme seperti yang dijanjikan dalam iklan,” ujarnya lagi.
Panferova menuntut gantirugi sebanyak 1juta rubles (RM74,000) kerana tidak merasa apa yang diharapkan sebagaimana yang dijanjikan oleh syarikat dalam iklan mereka.
Menurutnya dia telah mematuhi terma kontrak, tapi syarikat gagal memenuhi tanggungjwab mereka.
Jadi dia mengemukakan saman atas alasan perlanggaran kontrak dan pengiklanan yang salah.
Mahkamah membenarkan saman diteruskan.
Comments
comments