loading...

UUM Tersenarai Universiti Terbaik Rantau Asia

ALOR SETAR – Universiti Utara Malaysia (UUM) terus meningkatkan kedudukannya apabila tersenarai dalam kalangan satu peratus (1%) universiti terbaik di rantau Asia daripada 11,900 universiti yang ada.

Naib Canselor UUM, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata universiti pengurusan terkemuka itu melonjak enam anak tangga pada kedudukan ke-131 dalam QS Asia University Rankings 2018.

“Keputusan yang dikeluarkan QS Asia University Rankings itu menyaksikan UUM melonjak 168 anak tangga sejak kali pertama disenaraikan dalam QS Asia pada 2011,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohamed Mustafa meminta semua warga UUM terus berganding bahu dan bertekad ke arah menjadikan UUM sebagai sebuah Universiti Pengurusan Terkemuka.

UUM berada pada kedudukan ke-299 sejak tersenarai pada 2011 sebelum menduduki tangga ke-193 (2015-2016) dan ke-137 (2016-2017).

QS University Ranking Asia merupakan agensi di United Kingdom yang membuat penarafan universiti peringkat serantau dan dunia berdasarkan 10 indikator yang ditetapkan. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...