NARATHIWAT – Seorang anggota tentera Thai maut manakala seorang lagi cedera apabila sebutir bom seberat 20kg meletup ketika mereka melakukan rondaan di Bachok, Narathiwat hari ini.
Kedua-dua anggota tentera terbabit sedang meronda di Jalan Kampung Cuwo-Gajah Mati di daerah itu apabila bom yang diletak di tepi jalan meletup kira-kira 6.30 pagi waktu tempatan.
“Ketika serangan bom itu berlaku, anggota tentera berkenaan bersama enam rakan mereka sedang melakukan rondaan
Pihak polis percaya bom buatan sendiri itu diaktifkan menggunakan walkie talkie, kata beliau dan menambah, kedua-dua anggota tentera terbabit dikejarkan ke Hospital Bachok untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Pattah, polis sedang menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pihak yang bertanggungjawab melakukan serangan itu. – BERNAMA
Loading...

Pegawai Malaysia Dihantar Ke Washington, Bincang T ...

797 Unit Proton E.mas 7 Terjual Sepanjang Mac, Kek ...

#hiburan: Anggota Tentera Tumbuk Wanita Tidak Diga ...

Mahu Jaga Hati Isteri, Shukri Yahya Elak Bersentuh ...