loading...

Menelusuri Kehidupan Masyarakat Sampah Di Smokey Mountain

Smokey Mountain adalah sebuah tempat pembuangan sampah yang terbesar di Filipina. Timbunan sampahnya boleh mencecah 50 meter tinggi dan seberat 2 juta tan. Ia dinamakan Smokey Mountain kerana ia sentiasa berasap hasil pembakaran sisa sampah oleh penghuninya.

Ruang udaranya bukan sekadar dicemari debu, malah aroma busuk sampah hasil pereputan sisa buangan organic seperti makanan, daging haiwan, najis dal lain-lain lagi berbaur mencemari kawasan sekitarnya.

Adalah sukar dipercayai terdapat lebih 25 ribu orang menghuni kawasan tercemar ini. Mereka adalah golongan miskin yang tidak bernasib baik. Kos sara hidup yang tinggi di kota metropolitan Manila dengan jumlah peluang kerja yang terhad memaksa golongan ini tinggal di Smokey Mountain.

(Sumber photo: Justonewayticket)

Sekurang-kurangnya di sini mereka tidak perlu membayar kos rumah, bil elektrik dan air. Pondok kediaman dibina sendiri dari bahan-bahan terbuang. Malah sampah sarap seperti plastic, kayu, tin, besi, botol boleh dikitar semula sama ada untuk kegunaan sendiri atau dijual.

Kadang-kadang sisa buangan makanan yang dijumpai dalam timbunan sampah menjadi pengalas perut yang lapar.

Sudah menjadi rutin, setiap awal pagi para penghuni menanti kedatangan trak-trak sampah yang datang dari bandar. Sejurus selepas muatan sampah diunggah dari belakang trak, mereka segera meluru membongkarnya untuk mencari sampah yang punya nilai atau boleh dimakan. Ada juga yang terdesak melompat masuk ke dalam trak.

(Sumber photo: Justonewayticket)

Boleh dikatakan seluruh kawasan setinggan ini dilitupi sampah. Rumah atau lebih layak dipanggil gubuk para penghuni yang terbuat dari bahan buangan kayu dan zink didirakan di atas timbunan sampah.

Lorong-lorong kecil dipenuhi sisa buangan yang berbau busuk. Tetapi bagi penduduk Smokey Mountain, bau itu sudah sebati dengan hidung mereka. Kana-kanak kecil seusia 3-4 tahun kelihatan gembira berlarian ke sana-sini berkaki ayam. Tidak hairanlah kawasan ini tidak pernah sunyi dari jangkitan penyakit.

Kemudahan asas seperti elektrik, air dan system pembuangan najis tidak pernah dibekalan oleh kerajaan. Cuma ada sesetengah dari mereka yang mampu menggunakan generator dihidupkan dari pukul 6 petang hingga 6 pagi. Bekalan air diperoleh dari trak yang datang pada masa-masa tertentu. Itupun bekalan air yang diterima masih tidak mencukupi.

(Sumber photo: Justonewayticket)

Sementara itu tandas ada disediakan berdekatan kawasan ini. Tapi tidak ramai yang menggunakannya kerana tidak berkemampuan.

Bagi Ate Arlene, ibu beranak tujuh, kehidupannya semakin sukar apabila suaminya dipenjarakan lebih setahun yang lalu. Setiap hari dia pergi ke pasar dan memungut ikan yang yang sudah tidak dijual. Kemudian dia mmbawanya pulang dan dijual murah kepada penduduk Smokey Mountain.

Jika tidak mendapat sebarang ikan, dia terpaksa mengemis makanan di program pemakanan Sambayanang Kristiyano.

Masyarakat Smokey Mountain adalah kesan daripada ketidakseimbangan pembangunan di Filipina. Mereka adalah golongan masyarakat yang tidak berpendidikan dan gagal mendapat pekerjaan yang sewajarnya. Kemiskinan mereka diwarisi sejak bergenerasi akibat terperangkap dalam putaran ganas (vicious cycle) kemiskinan yang tidak berkesudahan.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...