Kredit foto: New Straits Times & Facebook Mona Syamimi
Penyanyi Erra Fazira yakin kehadiran Shahir dalam Konsert Akhir AF Megastar amat dinantikan oleh para peminatnya.
Susulan itu, primadona itu mahu Shahir menguatkan semangatnya untuk melangsaikan perjuangan akhir dalam konsert kemuncak yang bakal berlangsung Ahad ini.
"Saya berharap dia tidak terlalu mengikut perasaan. Apa yang dihadapinya adalah perkara biasa dan menjadi asam garam dunia artis.
"Mungkin tampak senang untuk bercakap sedemikian kerana bukan kita yang mengalaminya. Namun, selepas berjuang sejak awal dalam pertandingan ini, hingga mara ke peringkat akhir, dia kenalah kuat semangat," kata Erra menurut laporan portal BH Online.
Erra menganggap penglibatan penyanyi berusia 29 tahun itu di peringkat akhir program
"Saya percaya, ramai peminat yang sayangkan bakatnya. Ramai juga yang mahu melihat dia beraksi di pentas akhir pertandingan itu," katanya lagi.
Dalam pada itu, Erra mendedahkan percubaannya untuk menghubungi Shahir petang semalam berjaya.
Dalam perbualan tersebut, Erra memberikan kata-kata semangat supaya pemuda itu meneruskan persaingan dalam rancangan realiti berkenaan.
Terdahulu, Shahir menerusi laman Instagram menyatakan hasrat untuk menarik diri daripada AF Megastar kerana mendakwa telah disabotaj pihak tertentu berkaitan isu yang mengaitkan dirinya dengan pramugari bernama Mona Syamimi.
Sementara itu, Erra berkata, dia memandang positif musibah yang terjadi kerana pasti terkandung hikmah tersembunyi di sebaliknya.
"Dalam seribu kekalutan yang muncul, ada pengajaran yang boleh kita sama-sama belajar daripadanya. Kalau nak ambil yang negatif, maka negatif jadinya," ujarnya.
Sumber berita: BH Online

Tunku Ines Serius Ceburi Dunia Nyanyian, Radar L ...

Lawatan Negara: Pm Anwar Sambut Ketibaan Presiden ...

Walau Tiada Syarat Dalam Lakonan, Mimi Lana Tetap ...

Tik Tok Fattah Amin Dibanjiri Peminat Indonesia, F ...