Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai dengan wang ringgit dan harta benda. Tetapi kadang-kadang ada ibubapa yang tergamak mengabaikan anak mereka. Kes seperti ini biasanya akibat kemiskinan, ketidaksediaan menjadi ibubapa atau kelahiran tanpa rela.
Di Nigeria, seorang wanita berusia 20 tahun tergamak menjual anaknya atas alasan tidak berkemampuan dan kelahiran tanpa rela.
Chioma Fidelis yang ditangkap atas kesalahan pemerdagangan bayi mengaku salah kerana mengandung luar nikah dan tidak berkemampuan menyara anak.
“Saya mengandung tanpa rela. Apabila bersalin saya tidak ada wang untuk memeliharanya. Jadi saya memutuskan untuk menjual bayi saya. Mereka kata harga seorang bayi mencecah 700 ribu Naira (RM8,400),” luahnya.
Bayinya dijual melalui orang tengah. Tetapi yang mengejutkan dia tidak menerima bayaran dalam bentuk wang. Sebaliknya diberikan setengah karung beras, barangan makanan, kerusi beberapa karung simen untuk membaiki rumah.
“Saya tidak mendapat satu sen pun dari mereka. Mereka Cuma memberikan saya setengah guni beras dan barang makanan, kerusi dan beberapa kampit simen untuk membaiki rumah,” luah Chioma.
Sementara itu wang hasil jualan bayinya habis disapu dan dibahagikan antara orang tengah yang terlibat dalam sindiket pemerdagangan bayi.
Memang tidak dapat dinafikan, tindakan menjual darah daging sendiri adalah kejam. TAPI cuba bandingkan antara menjual bayi dengan membuang bayi sehingga mati, yang mana lebih kejam?
Comments
comments