loading...

“Awak Nikah Dengan Saya, Anak Gadis Saya Pula Nikah Dengan Adik OKU Awak”

Mohammad Ramzan seorang lelaki OKU yang tidak mampu mendengar dan bercakap. Malah pemikirannya juga sama seperti kanak-kanak. Tetapi dia sedar, isterinya masih terlalu muda semasa mereka berkhawin dua tahun yang lalu.

Ramzan 36 tahun tersenyum sambil mengira dengan jari. Satu, dua, tiga… sampai 13 dia berhenti lalu berpaling kepada isterinya. Dia mengahwini Saima semasa wanita itu baru mencecah usia 13 tahun.

Tapi menurut bapa mentuanya Wazir Ahmed, Saima sudah berumur 14 tahun tatkala mereka berkahwin. Tapi tidak kisahlah berapa pun umurnya. Sebab yang penting anaknya sudah akhil baligh semasa dikahwinkan dengan Ramzan sebagai pertukaran.

Pertukaran? Ya! Anaknya Saima dikahwinkan dengan Ramzan. Sebagai balasannya kakak Ramzan bernama Sabeel disuntingnya menjadi isteri kedua!

Isteri pertamanya iaitu ibu Saima hanya melahirkan zuriat perempuan. Dia berharap dikurniai anak lelaki dari isteri kedua. Tapi Sabeel tidak mahu menikahinya selagi saudara kandung lelakinya Ramzan belum beristeri.

Jadi penyelesaiannya Saima berkahwin dengan Ramzan. Manakala Ayahnya berkahwin dengan Sabeel.

“Kami memberikan wanita dalam keluarga ini untuk mendapatkan wanita dalam keluarga mereka,” ujar Ahmed.

“Itu hak kami,” ujarya lagi.

Janaat ibu Saima menyokong perkahwinan dalam usia muda anaknya. Menurutnya menjaga anak gadis amat memeningkan apabila mereka sudah mencapai akhil baligh.

Mereka tidak boleh dibiarkan berseorangan di rumah kerana berkemungkinan terdedah kepada kegiatan seks yang tidak diingini – atau lebih teruk, lari dari rumah mengikut teman lelaki.

“Ia akan menjatuhkan maruah dan kehormatan keluarga. Apabila mencapai akhil baligh, mereka harus segera dinikahkan,” luahnya.

“Anak perempuan adalah suatu beban. Tapi anak lelaki, mereka adalah tuan rumah,” luahnya lagi.

Menurut Janaat, dia bersetuju suaminya berkahwin lagi, kerana semua adalah atas kesalahannya tidak mampu melahirkan anak lelaki.

“Saya malu kerana tidak mampu melahirkan anak lelaki. Jadi saya membenarkan dia brkahwin lagi,” luah Janaat.

Sementara itu bagi Sabeel, dia bersetuju mengahwini Ahmed kerana ingin melihat adiknya Ramzan mempunyai isteri.

“Tiada siapa yang sudi bermenantukan adik saya,” ujar Sabeel.

Ramzan tinggal

dengan kedua ibubapanya. Ayahnya jarang-jarang meninggalkan tempat tidur kerana uzur. Sementara itu ibunya sepanjang hari berada di luar memohon belas ehsan orang ramai meminta sedekah. Sama seperti Ramzan, ibunya juga tidak mampu mendengar dan bercakap.

Saimah tidak banyak bercakap. Apabila ditanya dia cuma menjawab pendek.

“Kakaknya dan ayah saya saling jatuh cinta dan mereka menukarkan saya,” ujar Saima pendek.

“Ya, saya takut kepada ayah, dan memang menjadi tanggungjawabnya memilih siapa pasangan saya dan bila,” tambahnya lagi.

Bagi Ramzan kadangkala dia terfikir mungkin suatu hari nanti Saima akan meninggalkannya. Tapi menurut Saima dia tidak pernah berselisih dengan suaminya. Oleh itu dia tiada alasan untuk meninggalkannya.

Semasa baru berkahwin Saima pernah mengandung, tetapi keguguran semasa usia kandungan berusia lima bulan. Dalam gerak isyarat, Ramzan mahu supaya Saima mengambil ubat supaya dia akan mengandung lagi.

Walaupun sudah dua tahun hidup bersama, Saima masih mengalami kesukaran untuk memahami bahasa isyarat suaminya. Dia banyak meminta bantuan Haseena 12 tahun, anak Sabeel dari perkahwinannya yang terdahulu.

Haseena juga banyak membantu Saima melakukan kerja-kerja rutin dia rumah, seperti memasak dan membersihkan rumah.

Dalam usia 10 tahun, Haseena pernah menggalas tanggungjawab memasak semasa perkahwinan Saima dan pakciknya Ramzan.

“Semasa Saima berkahwin dengan pakcik saya, ibu menyuruh saya berhenti sekolah dan tinggal di rumah untuk membantu Saima,” kata Haseena.

Sementara itu, Asma 7 tahun iaitu adik Saima yang masih tinggal di rumah ibubapanya sudah ditunangkan dengan sepupunya yang kini berusia 10 tahun. Asma yang masih tidak tahu apa-apa dan berkeliaran di halaman rumah tanpa selipar akan berkahwin dengan sepupunya sebaik mereka mencapai akhil baligh.

Kes Saima adalah realiti kehidupan sesetengah masyarakat Pakistan yang masih konservatif dan miskin. Pertukaran anak gadis antara keluarga biasa diamalkan di luar bandar. Dalam bahasa Urdu ia dipanggil sebagai Watta Satta, yang bermaksud memberi dan menerima.

Seseorang wanita ditukarkan mungkin sebagai cara untuk melangsaikan hutang atau menyelesaikan pertikaian antara keluarga. Tetapi dalam kes ini pertukaran atas alasan untuk mendapatkan zuriat lelaki.

Dalam dunia Saima yang masih dibelenggu kemiskinan, selama berabad lamanya tradisi lama bersebati dengan kepercayaan agama, kitaran ini masih berterusan: seorang ayah mengharapkan bantuan anak lelaki untuk menyara keluarga; seorang isteri mesti melahirkan zuriat lelaki; dan anak gadis harus menjadi ibu walau masih mentah.

Comments

comments


Previous
Next Post »
loading...