loading...

Anak Gadis Dikorbankan Oleh Ibubapa Untuk Dapatkan Emas 5 Kilogram

Mahaweer Prasad 55 tahun adalah peniaga barang kemas di Uttar Pradesh. Perniagaannya menghadapi masalah kewangan yang teruk. Masalah ini diketahui oleh pemandu sambilannya yang juga seorang tantric bernama Krishna Sharma.

Krishna memberitahu bahawa masalah kewangan dapat diselesaikan jika Mahaweer mengikut nasihatnya. Kononnya terdapat emas seberat 5 kilogram ditanam oleh bekas pemilik rumah yang diduduki oleh Mahaweer.

Menurut Krishna emas tersebut boleh dijumpai sekiranya anak gadis Mahaweer bernama Kavitha yang baru berusia 15 tahun dipersembahkan kepada dewa.

Selepas berbincang dengan isterinya Puspha 50 tahun, mereka bersetuju dengan cadangan Krishna. Demi emas 5 kilo anak gadis mereka perlu dikorbankan!

Pada Selasa malam, Kavitha yang tidak tahu apa-apa telah diberikan dadah sehingga berada dalam keadaan separuh sedar. Kemudian ibubapanya membawanya ke kuil tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan Krishna.

Selepas melakukan ritual mereka membawa Kavitha di sebuah ladang jagung. Di depan ibubapanya, satu demi satu pakaian Kavitha ditanggalkan oleh Krishna sebelum dicekik sehingga mati. Kemudian Krishna membawa tubuh Kavitha di suatu tempat tersembunyi tidak jauh dari tempat Mahaweer dan isterinya berdiri.

Di tempat itu, Krishna merogol tubuh Kavitha yang sudah terkulai tidak bernyawa!

Selepas selesai melampiaskan nafsunya, Krishna mengelar leher Kavitha untuk diambil darahnya sebagai persembahan kepada dewa. Akhirnya tubuh Krishna ditinggalkan begitu saja di ladang jagung berkenaan.

Entah kebodohan apa yang menguasai diri Mahaweer dan isterinya Puspha, mereka percaya sepenuhnya apa yang dikatakan oleh Krishna, kononnya anak gadis mereka akan sedar semula dan akan meninggalkan ladang jagung tersebut.

Selepas beberapa lama, emas yang diidam-idamkan oleh Mahaweer tidak juga muncul. Akhirnya dia sedar yang dirinya sudah ditipu oleh Krishna. Dia segera melapor kepada polis kononnya anaknya Kavitha diculik oleh Krishna.

Krishna Sharma ditangkap di Kampung Thatiya dalam daerah Kannauj. Sementara itu mayat Kavitha ditemui sehari kemudian.

Selepas disoalsiasat, akhirnya kejadian sebenar terbongkar. Ketiga-tiga mereka kini ditahan untuk siasatan lanjut.

Comments

comments

Previous
Next Post »
loading...