KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-247 di Istana Negara di sini.
Turut berangkat ialah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah serta Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Sultan Kedah Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah serta Sultanah Kedah Tengku Maliha Tengku Ariff.
Pemangku Raja Kelantan Tengku Dr Muhammad Faiz Petra juga berangkat ke santapan malam itu.
Majlis turut menyaksikan
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menteri-menteri besar dan ketua-ketua menteri turut menyertai majlis santapan malam itu.
Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, dipengerusikan Sultan Sharafuddin Idris Shah. – BERNAMA
Loading...

Ira Kazar Ulas Gambar Berbusana Pengantin Kalau ...

Bawa Watak Jahat Dalam Mandul Bukan Pilihan, Ayd ...

Muncul Main Pickleball Bersama Selepas Umum Putus, ...

Terima Aduan Wujud Aktiviti Khurafat, Jheaik Panta ...