PETALING JAYA – PAS Kelantan menganjurkan solat hajat dan munajat selama 60 berturut-turut bagi mempertahankan Kelantan di bawah kepimpinan mereka.
Menerusi program Munajat Perdana yang diadakan setiap jam 4.30 pagi di 14 kawasan Parlimen itu turut diikuti 45 kawasan Dewan Undangan Negeri.
Ia juga akan diulangi sehingga pilihan raya umum ke-14 diadakan, petik Harakahdaily.
Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan Datuk Hassan Mohamood berkata, sebagai pejuang perlu melakukan amalan munajat berterusan.
“Sama ada secara berkumpulan atau individu sebagai salah satu cara bagi mendapat pertolongan Allah,” katanya.
Hassan berkata hanya Kelantan di bawah PAS bersungguh melaksanakan syariat Islam.
“Oleh itu kita perlu meracun serangga perosak yang cuba mengganggu-gugat kerajaan negeri yang ada sekarang,” ujarnya.
PRU14 perlu diadakan selewat-lewatnya akhir Ogos 2018.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW