loading...

Video: Saya Takut Berniaga Waktu Siang, Takut Barang Dirampas

SEPANG – Seorang ibu tunggal merayu kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPS) agar meluluskan permohonan rayuan untuk terus berniaga bagi membolehkan dirinya menampung kehidupan seharian.

 

Siti Sabariah Noor Bahar berkata, beliau terpaksa menjual peralatan rumahnya untuk menampung kos meroboh struktur tambahan seperti yang dikehendaki oleh pihak majlis sebelum ini.

 

 

“Ini sahaja pendapatan saya selama 4 tahun dan saya telah cuba untuk buat yang terbaik (malah) struktur tambahan itu telah pun saya robohkan (malah) saya terpaksa menjual barangan rumah untuk tampung kos meroboh tersebut.

 

“Saya tak berani nak buka (berniaga) pada waktu siang kerana saya takut bila-bila masa pihak majlis datang untuk keluarkan barang-barang saya daripada kedai jadi saya terpaksa buka pada waktu malam.

 

“Kalau pihak majlis datang untuk kelaurkan barang-barang saya dah tak tahu mana nak mencari rezeki (malah) saya dah banyak kali merayu dengan Puan Suzi (Suziana binti Musa),” ujarnya sambil menitiskan airmata ketika sidang media yang diadakan sebentar tadi.

 

Terdahulu MPS memutuskan untuk menarik kembali hak sewaan kedai Sabariah kerana di dakwa membangunkan struktur tambahan tanpa kelulusan pihak majlis.

 

Menyedari kesilapan tersebut, Sabariah segera merobohkan struktur tambahan tersebut.

 

Namun awal bulan lalu, pihak MPS memaklumkan rayuan Sabariah untuk terus berniaga di medan selera Kg Datuk Abu Bakar Baginda itu telah ditolak dan beliau telah diarahkan untuk segera mengosongkan permis tersebut.

 

Sementara itu Adun Dengkil, Shahrum Mohd Sharif ketika ditemui berkata pihaknya kesal dengan tindakan ahli majlis Sepang yang menolak permohona rayuan Sabariah untuk terus berniaga.

 

“Saya difahamkan YDP (Yang Dipertua) Majlis Perbandaran Sepang bersama dengan Pengarah Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta menyokong permohonan puan Sabariah (untuk terus berniaga)

 

“Namun apa yang dikesalkan saranan daripada ahli majlis Pengerusi JPP Sepang Utara tidak menyokong permohonan puan Sabariah lantas telah menyebabkan notis penarikan hak sewaan dikeluarkan,” katanya.

 

Bagaimanapun Pengerusi JPP Zon Sepang Utara, Suziana binti Musa ketika dihubungi Shahrum enggan memberikan sebarang komen berhubung isu tersebut.

 

Malah Suziana turut dilihat enggan melayan pelbagai soalan yang diajukan oleh Shahrum sambil menegaskan keputusan penolakan itu telah dibuat oleh pihak MPS. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...