loading...

UMNO Pagoh Tetap Sokong Parti & Kepemimpinan Atas Prinsip Kesetiaan

KUALA LUMPUR – Sokongan ahli-ahli UMNO Bahagian Pagoh kepada parti dan kepemimpinan masih teguh kerana mereka berpegang kepada konsep kesetiaan seperti yang ditekankan Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada anggota parti ketika beliau berada dalam parti itu, kata Pemangku Ketua UMNO bahagian itu, Ismail Mohamed.

 

Justeru katanya, Muhyiddin tidak harus kecewa apabila Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajuinya sebagai presiden, kurang mendapat sambutan di Pagoh.

 

“Kami dibimbing untuk setia kepada parti,” katanya ketika ditemui di luar Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

 

Beliau berkata, pelbagai gerak kerja yang dilakukan di bahagian itu termasuk bertemu anggota-anggota cawangan UMNO, mengadakan gerakan Jalinan Rakyat Wanita UMNO dan Himpunan Orang Muda, mendapat sambutan.

 

Ismail memangku jawatan Ketua UMNO Pagoh berkuat kuasa serta merta ekoran pemecatan Muhyiddin daripada parti pada 24 Jun 2016.

 

Ismail dilaporkan bersedia untuk menentang penyandang kerusi Parlimen Pagoh itu jika diminta berbuat demikian berkata, tindakan itu bagi meneruskan kelangsungan perjuangan UMNO membela nasib rakyat di kawasan itu dan bukannya mahu membalas dendam kepada Muhyiddin. – BERNAMA



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...