Donald Trump mendedahkan beliau telah bercakap secara langsung dengan Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen – dilihat menamatkan polisi Amerika Syarikat pada tahun 1979 ketika hubungan rasmi kedua-duanya terputus.
Percakapan secara langsung oleh kedua-dua pemimpin itu sungguh luar biasa.
Pasukan peralihan Trump berkata, bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) dan Tsai membincangkan tentang hubungan rapat ekonomi, politik dan keselamatan ketika bercakap melalui telefon.
Perkembangan itu berisiko menimbulkan kemarahan China, yang melihat Taiwan sebagai sebuah wilayah pemisahan.
Trump menerusi Twitternya berkata, Ms Tsai menefon beliau dan mengucapkan tahniah kepada beliau yang memenangi pilihan raya AS.
Bakal presiden itu mengucapkan tahniah kepada Tsai untuk menjadi Presiden Taiwan selepas dipilihn pada pilihan raya bulan Januari lalu.
Bagaimanapun, White House berkata, percakapan Trump dan Tsai tidak membawa sebarang petanda perubahan dalam polisi Amerika Syarikat.
China dikatakan mempunyai ratusan peluru berpandu yang menuju ke arah Taiwan dan mengancam untuk menggunakan ketenteraan jika wilayah itu meminta kemerdekaan.
Setakat Beijing tidak membuat ulasan mengenai perkembangan terkini itu.
Pelantikan Tsai diharapkan dapat mengubah hubungan antara Taipei-Beijing.
Washington menamatkan hubungan rasmi diplomatik dengan Taiwan pada tahun 1979 bagi menyokong polisi Beijing ‘One China’.
Namun pentadbiran Tsai tidak menerima polisi itu yang menyatakan Taiwan sebahagian daripada China.-MG
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW