loading...

Suu Kyi Pengganas Antarabangsa, Boikot Ekonomi Myanmar – DMDI

KUALA LUMUPUR – Penerima Hadiah Nobel Keamanan, Aung San Kuu Kyi disifatkan telah berubah menjadi serang pengganas antarabangsa ekoran sikap tidak mempedulikan nasib rakyatnya sendiri khususnya penderitaan dalam kalangan etnik Rohingya.

 

Menurut Presiden Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI), Tan Sri Ali Rustam, Suu Kyi, yang merupakan Kaunselor Myanmar selama ini dilihat sebagai pejuang keamanan, demokrasi serta kemanusiaan tiba-tiba berubah pendiriannya.

 

Jelas Ali, DMDI berasa begitu terkejut dengan sikap Suu Kyi yang sanggup menutup mata, mulut dan telinga daripada melihat serta mendengar penderitaan golongan Muslim Rohingya.

 

“Suu Kyi juga cuba mewujudkan kekeliruan bahawa kekejaman bukan sahaja berlaku kepada muslim tetapi juga penganut Buddha.

 

“Beliau turut mendakwa bahawa ketegangan ini berpunca akibat daripada wujudnya kelompok Muslim yang mahu memperjuangkan kemerdekaan Wilayah Arkan.

 

“Beliau juga kelihatan bersetuju dengan dasar kerajaan junta tentera sebelum ini yang mengatakan wujudnya pemberontak yang mahukan kemerdekaan wilayah tersebut,” katanya memetik laporan Malaysia Gazette ketika berucap pada Forum Antarabangsa Rohingya: Stop Genocide di Dewan Perdana Felda, hari ini.

 

Terdahulu, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendesak Suu Kyi melawat wilayah yang mengalami konflik di barat laut negara itu supaya dapat menyakinkan penduduk etnik Rohingya mereka akan dilindungi ketika wujudnya dakwaan bahawa pihak tentera merogol wanita selain membakar rumah dan membunuh penduduk awam.

 

Ali turut menegaskan bahawa DMDI berikrar untuk menggunakan segala kekuatannya di 20 buah negara di seluruh dunia bagi memberi tekanan kepada kerajaan Myanmar, mengiktiraf Rohingya sebagai satu warganegara dengan meminda perlembagaan 1982, sekaligus dapat menghentikan keganasan yang berlaku.

 

Katanya, anugerah Keamanan Nobel dan sembilan lagi anugerah yang dimenangi Suu Kyi perlu ditarik balik jika masalah ini masih tidak dapat diselesaikan.

 

“Kami juga tidak teragak-agak untuk meminta jaringan kerjasama DMDI di seluruh dunia untuk melakukan boikot ekonomi sekiranya jalan demokrasi dan toleransi menemui jalan buntu.

 

“Satu resolusi juga akan dibentuk pada akhir forum ini,” katanya dipetik portal tersebut.-MD



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...