loading...

Pemandu Lori Disaman Kerana Pakai Seluar Jeans Koyak?

KUALA LUMPUR – Seorang pelayar Facebook mendakwa kerajaan semakin terdesak apabila mengetatkan undang-undang yang tidak masuk akal kepada pengguna jalan raya.

 

Pelayar yang menggunakan akaun Jalin Luin itu mendakwa seorang pengguna jalan raya menerima surat saman daripada pegawai trafik hanya kerana memakai seluar jeans koyak.

 

“Bukti kerajaan semakin terdesak, sudah tidak ada wang. Terpaksa mengetatkan

undang-undang yang tidak masuk akal.

 

“Seorang pengguna jalan raya disaman selepas didapati memakai seluar jeans koyak,”katanya.

 

Bagaimanapun, menurut satu sumber lain kepada SuaraTV, surat saman itu dikeluarkan kerana pemandu lori tersebut tidak memakai pakaian kemas dengan hanya memakai selipar. -SuaraTV

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...