KUALA LUMPUR – Bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata dirinya berterima kasih terhadap keputan Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan hukuman terhadap bekas majikan atas sabitan meliwat.
Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini berkata keputusan itu adalah berkat doa dan kesabarannya selama 8 tahun sambil menegaskan beliau akan terus tabah walau apa jua keadaan yang berlaku.
“Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sekali lagi sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar.
“Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini, sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya,” katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi.
Terdahulu Mahkamah Persekutuan dalam keputusan sebulat suara, Hakim Besar Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin, yang mempengerusikan panel lima anggota, memutuskan bahawa permohonan Anwar untuk mendapatkan semakan kehakiman bagi mengenepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan terhadap Anwar kerana meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, tidak mempunyai merit.
Bagaimanapun Saiful turut melahirkan rasa sedih dengan tindakan beberapa orang pemimpin politik yang pernah beliau sanjung kerana turut sama menyokong pembebasan Anwar.
“Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.
“Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu/mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini, ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil.
“Apapun, saya anggap dan menerimanya sebagai ujian dari Allah SWT buat diri saya agar saya terus Istiqamah, Sabar dan Tabah walau apa jua keadaan yang berlaku,” ujarnya lagi.
Walaupun tidak menyebut sebarang nama, namun dipercayai kenyataan Saiful itu merujuk kepada tindakan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat ‘u-turn’ dengan menyokong Anwar hanya kerana mahu
Berikut adalah kenyataan penuh Saiful :
KENYATAAN SAIFUL BUKHARI AZLAN
KEADILAN ALLAH BUAT SAIFUL!
BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN
Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan sekali lagi sebulat suara memutuskan bahawa dakwaan saya selama ini benar.
Saya dan keluarga menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan, hari ini.
Sebagai pengadu, saya berharap dan mendoakan, perjalanan melalui proses mahkamah ini sudah sampai ke penghujungnya.
Walaupun realitinya, saya tahu ia bukanlah titik noktah bagi sesetengah pihak yang sentiasa menjadikan aduan saya sebagai modal politik mereka. Ia jelas di mana sejak akhir-akhir ini, gerakan dan kempen untuk membebaskan Anwar Ibrahim terus giat dijalankan.
Yang menyedihkan saya, ada pihak, serta beberapa tokoh yang selama ini saya sanjung, turut sama-sama berkempen untuk membebaskan beliau.
Mereka ini seakan tidak menghiraukan nasib dan perasaan saya selaku pengadu/mangsa yang menuntut keadilan dalam kes ini.
Ternyata pada mereka ini, kuasa dan survival politik lebih penting daripada keadilan seorang insan kerdil.
Apapun, saya anggap dan menerimanya sebagai ujian dari Allah SWT buat diri saya agar saya terus Istiqamah, Sabar dan Tabah walau apa jua keadaan yang berlaku.
Sebagai hamba Allah SWT yang tidak sempurna ini, saya telah menjalankan tanggungjawab, menegakkan kebenaran agar saya tidak disoal di akhirat nanti.
Yang pasti, apa yang penting kini, saya dan keluarga ke hadapan.. Saya berdoa semoga Allah SWT terus memberi perlindungan, rezeki dan kemudahan dalam segala urusan saya.
Terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama saya secara langsung atau tidak langsung selama ni. Allah sahaja mampu membalasnya.
Illahi Antal Maksudi Wa Ridhoka Mathlubi
SAIFUL BUKHARI AZLAN
14/12/2016
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Semoga Ke Pelaminan, Gambaran Wajah Anak Di Ch ...

Tema Hari Guru 2025: Guru Pemacu Reformasi Pendidi ...

Aaron Aziz Dulukan Wang Sendiri Rm90,000 Demi 40 J ...

#hiburan: Kebulur Sangat Benda Free.. Tetamu K ...