Mr Bean atau Rowan Atkinson akan membuat penampilan dalam filem China dengan watak yang sama menerusi Top Funny Comedian The Movie.
Filem adaptasi daripada program realiti televisyen popular China itu akan ditayangkan di negara itu pada 28 Januari, hari pertama Festival Musim Bunga akan datang.
Dalam filem China pertamanya, Atkinson akan tampil sebagai Mr Bean, karekter popular di negara itu yang tidak terhad kepada kanak-kanak sahaja.
Filem tersebut berkisar tentang pengembaraan karekter-karekter utama, yang dipegang oleh pelawak China, Guo Degang and Yue Yunpeng, dari Beijing ke Macao.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW