SINGAPURA – Seorang warga Singapura berusia 25 tahun dikenali sebagai Fajar Ashraf Fajar Ali di dakwaan di mahkamah atas tuduhan kekejaman terhadap haiwan.
Beliau didakwa di mahkamah setelah dikatakan menyebabkan kematian seekor kucing apabila beliau mencampakkan kucing tersebut daripada tingkat enam Blok 884 Tampines Street 83 sekitar 1.40 pagi pada 26 Mei tahun ini.
Kekejaman beliau tidak berhenti disitu apabila turut menghentak badan kucing itu ke lantai sebanyak 2 kali sejam selepas insiden kucing itu dicampak.
Dalam pada itu, seorang saksi turut mendakwa Fajar turut membakar kucing tersebut menggunakan pemetik api.
Kucing tersebut ditemui mati dengan darah keluar daripada mulutnya.
Ekoran kes ini, Fajar telah ditangkap pada 31 Mei lalu dan beliau akan mengaku bersalah terhadap dua tuduhan pada 9 Januari nanti.
Terdahulu, di bawah Akta Haiwan dan Burung-Burung, pesalah kali pertama yang didapati bersalah menzalimi haiwan boleh didenda sehingga S$15,000, dipenjara sehingga 18 bulan, atau kedua-duanya dan bagi kesalahan berikutnya, denda maksimum ialah S$30,000, dipenjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya.-
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW