loading...

Bendera Malaysia, Johor Diterbalik

JOHOR BAHRU – Polis telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook yang bertanggungjawab menyunting gambar bendera Malaysia dan negeri Johor secara terbalik sehingga menjadi viral dalam laman sosial baru-baru ini.

 

Memetik Kosmo, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, perbuatan menyunting gambar itu menyebabkan masyarakat panik dengan memberi pelbagai andaian yang boleh mengganggu-gugat ketenteraman awam.

 

“Polis menerima laporan bahawa sebuah gambar yang menunjukkan bendera Malaysia dan Johor di sebuah bangunan yang terletak berhampiran de­ngan Padang Seri Gelam kena songsang.

 

“Hasil siasatan mendapati gambar tersebut telah disunting pihak yang tidak bertanggungjawab. Sehubungan itu, sia­sa­tan telah dijalankan dan polis telah mengenal pasti pemilik akaun Facebook terbabit.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...