JERANTUT – Seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun nekad berjalan kaki meredah hutan seorang diri sambil menahan kesakitan dalam keadaan gelap dan hujan lebat demi mendapatkan bantuan selepas tiga ahli keluarganya terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Hutan Matau dekat sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, anak Orang Asli, Pati a/p Bakar, 12, nekad memberanikan diri berjalan kaki di dalam hutan selama lebih 45 minit sebelum sampai ke Perkampungan Orang Asli Paya Lintah.
Keberanian kanak-kanak kecil itu berjaya menyelamatkan salah seorang anak saudaranya, Ita, 9, apabila ditemui penduduk kampung yang bergegas ke lokasi kejadian.
Dalam tragedi tanah runtuh itu, kakak Pati, Ani, 27, dan seorang lagi anak saudara mereka, Mila a/p Hassan, 9, maut selepas ditimbus tanah.
Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, empat sekeluarga Orang Asli itu yang kesemuanya wanita telah masuk ke hutan berkenaan untuk mencari damar kira-kira pukul 8.30 pagi pada Sabtu lalu.-Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW