loading...

Amy Search Kecewa Isu Gelaran Anjing

Vokalis kumpulan Search, Amy kecewa dengan tindakan anak perempuan pemain dram Search, Yazit yang mencerca dan menggelarnya sebagai anjing di Facebook, kelmarin.

 

 

Memetik laporan Harian Metro, Amy berkata, tindakan Sheeqa Yazit menulis komen berkenaan adalah biadap dan langsung tiada rasa hormat.

 

 

Amy sebelum itu memuat naik video persembahan Search di pentas Kampung Mak Cun sempena pameran MAHA 2016 di Taman Pameran Pertanian Malaysia, Serdang (MAEPS), baru-baru ini.

 

 

Dalam video berkenaan, Amy turut memuat naik status mengenai persembahan ‘tribute’ yang dilakukan seseorang penyanyi atau kumpulan tidak perlulah meniru gaya penyanyi asalnya dan lebih elok jika tampil dengan cara tersendiri yang lebih asli.

 

 

Komen terbabit dipercayai ditujukan kepada kumpulan Retro Spektif yang membuat persembahan menyanyikan lagu-lagu Search di lokasi yang sama.

 

 

Bagaimanapun, salah seorang anggota kumpulan terbabit kemudian memuat naik status di Facebook menafikan kenyataan Amy.-MDigest



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...