Kuala Lumpur – Timbalan Menteri Pertanian dan Indsutri Asas Tani, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman hari ini memberi tempoh tujuh hari kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad supaya meminta maaf dan menarik balik perkataan ‘sial’ yang digunakan keatasnya di Parlimen pada Isnin lepas.
Beliau yang juga ahli parlimen Pasir Salak bertanyakan kepada para wartawan apakah maksud perkataan ‘sial’.
“Mengapa Khalid Samad cakap sial? Kamu tahu makna sial? Mengapa kamu tak ajar mereka bahawa perkataan itu salah, tak boleh guna, maknanya tak ada orang boleh dekat dengan kamu kerana kamu membawa bala. Ianya adalah penghinaan yang paling teruk sekali” katanya.
Mengenai perkataan ‘Kok’, Tajuddin berkata beliau hanya menyebut nama keluarga anggota parlimen DAP berkenaan.
“Saya cuma kata Teresa Kok satu-satunya wanita dengan nama Kok. Apa salahnya? Itu nama keluarga beliau. Kamu nak saya kata macam mana?” katanya.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata, beliau mengucapkan perkataan ‘Kok’, merujuk kepada nama keluarga Teresa Kok demikian selepas berbahas dengan anggota parlimen pembangkang berkaitan BERSIH5 yang diadakan pada 19 November lalu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW