KUALA LUMPUR – ‘Ini bukan caranya, seorang Timbalan Menteri, (Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman). Janganlah buat perangai macam ni. Dalam dewan tu saya dah merayu bukan serang dan tempelak dia dengan kenyataan itu.
“Saya dah merayu kepada speaker, kepada dia tarik balik. Kamu adalah Timbalan Menteri, Melayu, bersongkok dah tua, tak sedar diri lagi! Datuk!, cubalah bahasa itu baik sedikit,”kata Ahli Parlimen Amanah-Shah Alam, Khalid Samad.
Beliau yang mengulas perkara itu selepas serangan yang berlaku di luar bangunan parlimen pagi tadi, apabila sekumpulan Pemuda Pasir Salak, Perak mahu menyerangnya.
Beliau berkata, gelaran itu diberikan selepas Tajuddin enggan menarik balik kenyataannya terhadap Teresa Kok di dewan rakyat sebelum ini.
Tambahnya, jika perkara ini masih lagi berlanjutan, dia sanggup ke mahkamah untuk menyelesaikan perkara tersebut.
“Orang dah tegur tarik balik sahajalah. Jadi begitulah. Saya sangat sedih. Tetapi kalau dia nak cabar saya nak bawa benda ini ke mahkamah, maka kita pergi mahkamah
Serangan itu dilakukan ketika Khalid sedang menuju masuk ke Dewan Rakyat.
Bagaimanapun, situasi itu berjaya dikawal oleh pasukan keselamatan.
Difahamkan serangan itu berlaku berhubung kenyataan Khalid yang menggelarkan Timbalan Menteri, dengan gelaran ‘sial’ dalam sidang dewan Selasa lalu.-SuaraTV
laporan menyusul.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW