loading...

Video : Orang Ramai Jangan Panik, Bekalan Minyak Masak Cukup – KPDNKK

BANTING -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan bekalan minyak masak sentiasa mencukupi bagi menyelesaikan isu kekurangan bekalan bahan itu.

 

Timbalan Menterinya, Datuk Henry Sum Agong berkata, operasi berterusan akan terus dilaksanakan bagi memastikan tiada pihak menyorok bekalan yang sepatutnya sampai kepada pengguna.

“Pihak penguatkuasa kita, sentiasa memantau, jika berlaku perkara seperti ini khususnya yang melanggar undang-undang, peraturan yang ada mereka boleh dibawa ke mahkamah. Dengan hukuman yang agak berat. Hukuman maksima RM1 juta. Jadi kita tidak mahu pihak kementerian KPDNKK tidak mahu peniaga terkena hukuman berat seperti ini.

 

“Sedangkan pihak kementerian yang membawa tagline ‘caring ministry’ jadi kita perkara seperti ini berlaku. Jadi , bagi pihak orang awam jika mendapati ada peniaga yang menyorokkan minyak masak ini, minta lapor kepada pihak berwajib, di KPDNKK,”katanya ketika ditemui di sebuah kilang di sini.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...