PETALING JAYA – Hari ini kumpulan merah yang berkumpul di hadapan pejabat MalaysiaKini melaungkan ‘MalaysiaKini Yahudi’.
Ketua Gerakan Kumpulan Merah V2, Datuk Seri Jamal Md Yunos yang ditemui berkata, kumpulan itu akan berkumpul sehingga 19 November ini, selagi BERSIH tidak membatalkan hasrat mereka untuk berhimpun di 5 kawasan panas di ibu negara pada 19 November ini.
“Jika mereka teruskan, kami sedia turut berhimpun walaupun berlaku konfrontasi di antara merah dan kuning. Kalau kuning tetap berdegil, kami 10 kali degil,” katanya.
Dalam himpunan petang ini, kira-kira 200 orang penyokong Baju Merah turun di ibu pejabat Malaysiakini menuntut portal berita itu menutup operasinya.
Katanya, pihaknya mendesak kerajaan menutup portal tersebut.
“Kita mendesak kerajaan menutup Malaysiakini dan KiniTv. Kita minta kerajaan menyiasat supaya apa saja hubungan dengan Soros dihalang,” katanya.
Dalam himpunan itu, para peserta Baju Merah turut mempamerkan gimik berbahaya sebagai tanda bantahan terhadap Bersih.
Turut hadir, Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah dan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah.
Terdahulu, Jamal mempersoalkan dana yang diterima oleh BERSIH dan Malaysiakini yang didakwanya daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan jutawan Amerika, George Soros.
Katanya, beliau sendiri merasa terkesan dengan aktiviti spekulasi mata wang dilakukan Soros pada 1998.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW