PUTRAJAYA – Orang ramai berpeluang menyaksikan dengan lebih dekat trak termahal di dunia jenis Mack kepunyaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar yang akan dipamerkan selama lima hari pada Karnival Jualan Mega 2016 di tapak parkir pusat beli-belah Angsana Mall, Johor Bahru, Johor bermula hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Jamil Salleh berkata, trak tersebut adalah antara tarikan utama dalam pameran automatif yang diadakan sempena karnival tersebut.
“Selain trak kepunyaan Sultan Ibrahim, terdapat 20 lagi jenama kereta dan motosikal berkuasa tinggi akan dipamerkan di karnival ini antaranya, Proton, Perodua, Honda, Nissan, Mazda, Toyota, Mitsubishi, Subaru dan Harley-Davidson.
“Terdapat juga pelbagai aktiviti jualan daripada pihak pempamer automatif dengan potongan harga lebih murah daripada pasaran,” katanya.-Kosmo
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW