loading...

Sorok Minyak Masak Di Bawa Ke Mahkamah

PUTRAJAYA – Lima kes berkaitan aktiviti menyembunyikan minyak masak akan dibawa ke mahkamah masing-masing, hari ini dan Isnin untuk didakwa mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

 

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Jamil Salleh berkata, kesemua kes berkenaan masing-masing satu di Pulau Pinang; Melaka (satu kes); Kuala Lumpur (dua kes) dan Perak (satu kes).

 

Beliau berkata, kesemua kes berkenaan adalah membabitkan aktiviti menyorok bekalan minyak.

 

“Tindakan mahkamah ini penting bagi memastikan peniaga yang menyorok bekalan ini akan diambil tindakan tegas mengikut denda dan penalti yang ditetapkan,” katanya pada sidang media selepas taklimat operasi penstabilan harga minyak di sini, hari ini.

 

Katanya, setakat ini, Selangor menerima aduan paling tinggi membabitkan isu tiada bekalan dan harga tinggi dengan 56 aduan.

 

Justeru, katanya, pihaknya akan memberi lebih tumpuan dan pemeriksaan di Selangor bagi memastikan isu berkenaan dapat diselesaikan. – HMetro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...