loading...

Malaysia Digesa Tarik Diri Daripada Kejohanan AFF Suzuki Di Myanmar

KUALA LUMPUR – Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia mengesa kerajaan Malaysia agar segera menarik diri daripada kejohanan bolasepak AFF Piala Suzuki di Myanmar yang sedang berlangsung kini.

 

Menurut pengerusinya Dato Mohamed Hazali Abu Hassan, gesaan ini dibuat bagi  menunjukkan protes negara terhadap pembunuhan dan diskriminasi berterusan kepada kaum Rohingya di negara Myanmar yang tiada kesudahan.

 

Hal ini ekoran kerana Kerajaan Myanmar dilhat seolah-olah langsung tidak peduli diatas fenomena pembersihan etnik Rohingya yang berlaku selama ini.

 

Dalam pada itu, mereka juga turut mengesa kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan bagi menyekat negara Myanmar daripada menyertai sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017 di atas rasional yang sama.

 

Terdahulu, Skuad sukan Malaysia pernah menarik diri daripada kejohanan Olimpik pada tahun 1980 di Moskow , di atas sebab protes.-SuaraTV

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...