loading...

Ludah Muka Pemain Bola Sepak Myanmar Tanda Protes

KUALA LUMPUR – Malaysia tidak perlu tarik diri daripada Piala Suzuki AFF 2016 kerana ia akan menguntungkan Myanmar, dan Malaysia pula bakal berdepan risiko penggantungan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

 

“Jika Malaysia menarik diri, Myanmar (automatik diisytiharkan menang) akan layak ke Separuh Akhir.

 

“Sudahlah tentera mereka berlaku kejam, kita beri pula mereka laluan mudah kepada junta tentera menjadi lebih pupular dengan kejayaan skuad Myanmar,” tulis Ab Jalil Backer di laman Facebook hari ini.

 

Sebaliknya kata Jalil Backer, skuad Malaysia perlu berusaha mengalahkan Myanmar dalam pertandingan mengisi slot ke Separuh Akhir, Sabtu ini dan menghadiahkan kemenangan itu kepada masyarakat Rohingya.

 

“(Kemenangan) ini akan lebih memberi liputan meluas terhadap kekejaman Myanmar,” ujarnya.

 

Bagaimanapun, sekiranya Malaysia gagal mengalahkan Myanmar, beliau mencadangkan tindakan lain yang lebih drastik.

 

“Sekiranya akan kalah, saya cadangan Amri Yahya ludah saja muka pemain Myanmar.

 

“Balik Malaysia buat kenyataan akhbar, (tindakan) ludah itu sebagai tanda protes kepada kekejaman Myanmar ke atas Rohingya,” katanya menerusi status itu yang mendapat sokongan netizen lain. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...